Bangga, berdebar… kata Nabila

PENYANYI Nabila Razali mengakui berdebar untuk menyanyikan lagu tema filem Biografi (Biopik) Lee Chong Wei: Rise Of The Legend di hadapan puluhan ribu penonton pada tayangan perdana filem itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8 malam ini.

Mendapat kepercayaan menyanyikan lagu berjudul Cahaya Juara itu, Nabila, 25, menyifatkan ia tanggungjawab sangat besar untuk dilunaskannya.

“€œTerus-tea,ng saya memang berdebar memandangkan ini pertama kali menyanyikan lagu tema filem. Apatah lagu itu dicipta untuk filem biografi Datuk Wira Lee Chong Wei.

“€œLebih membuat saya gementar adalak kena menyanyikan beberapa bait lagu itu dalam bahasa Mandarin.

“Namun perasaan itu berkurangan sedikit disebabkan saya akan berganding dengan penyanyi, Priscilla Abby untuk persembahan malam nanti.

“€œSemestinya semua orang harapkan segala aspek mengenai filem itu sempurna termasuklah lagu temanya. Saya akan melakukan terbaik dan membanggakan Malaysia,”€ katanya.

Acara tayangan perdana filem arahan Teng Bee itu dijangka dihadiri 20,000 penonton selepas tiket habis terjual.

Filem itu akan ditayangkan menggunakan layar gergasi LED 40 X 17 meter.

Ia akan menjadi tayangan perdana terbesar di Asia yang dicatat dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.

loading...

Add Comment