Elly Mazlein Pula Jadi Mangsa

Akaun media sosial Instagram penyanyi dan pelakon sensasi Elly Mazlein dilaporkan digodam individu tidak bertanggungjawab.


Memetik laporan Utusan online, Elly berkata, media sosialnya digodam lebih kurang seminggu yang lalu dan dia terpaksa membuka akaun Instagram baharu, ellymazlein_official selepas mencuba beberapa kali mendapatkan akaun yang telah digodam itu.


“Kalau cakap sedih, memang sedih sangat sebab Instagram adalah medium dan platform saya berinteraksi dengan peminat. Lagipun, media sosial sekarang memang penting bagi seorang selebriti.


“Hendak kumpul pengikut bukan mudah. Sebab itu saya sedang mencari orang yang boleh membantu saya mendapatkan akaun itu semula,” katanya yang mempunyai 667,000 pengikut sebelum ini.

Terdahulu, beberapa artis tanah air seperti Janna Nick, Emma Maembong, Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut mengalami nasib yang sama apabila akaun Instagram mereka digodam sehingga menyebabkan mereka kehilangan ribuan pengikut.

loading...

Add Comment