Sedia Berlakon Secara Percuma

Selepas tamat drama While You Were Sleeping, aktor Lee Jong Suk dilaporkan bakal muncul drama pendek terbitan SBS berjudul Hymn of Death.

Karya tersebut diangkat dari lagu popular (judulnya sama) nyanyian asal penyanyi soprana pertama Korea, Yun Sim Deok pada tahun 1926. Kisah lagu itu juga pernah diadaptasi menjadi sebuah filem dan muzikal.

Drama Hymn of Death akan mengangkat tentang kisah cinta tragis Yum Sim Deok dan pelakon wanita, bernama Kim Woo Jin.

Ketika menerima tawaran daripada pengarah Park Soo Jin yang (juga merupakan pengarah While You Were Sleeping), Jong Suk turut menyatakan dia tidak meminta apa-apa bayaran.

“Lee Jong Suk bersetuju dan menerima tawaran untuk tampil dalam dua episod drama, Hymn of Death.

“Dia juga memutuskan tidak menerima bayaran untuk penampilannya kerana berharap penglibatannya itu sebagai tanda rasa cintanya pada drama pendek itu serta sebagai sokongan kepada Park Soo Jin,” kata seorang wakil SBS.

Sementara itu, Park Soo Jin meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Jong Suk yang bukan saja sudi menerima tawaran malah sedia berlakon secara percuma.

“Saya yakin Lee Jong Su mampu menampilkan dua sisi dalam diri Kim Woo Jin secara sempurna sebagai seorang yang bijak dan pemuda yang sedang jatuh cinta.

“Saya sangat berterima kasih kepadanya bukan hanya kerana setuju tampil di drama ini, tapi juga kerana dia menolak untuk dibayar,” tutur Park Soo Jin.

loading...

Add Comment