Gembira tiada penyingkiran

KONSERT minggu ke lapan Bintang RTM 2018 menyaksikan ke semua peserta minggu ke lapan layak untuk bertarung di minggu ke sembilan, Sabtu depan.

Menerusi konsert yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam tadi, memperlihatkan Heidi, Hariz, Ferona,Yasser, Anna, Hafiz, Yuveena dan Rusil.

Pada mulanya Hafiz, Yasser dan Anna diumumkan sebagai peserta tiga yang mempunyai markah terendah.

Bagaimanapun AG Coco yang juga juri profesional mengumumkan ke semua peserta diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan pada minggu seterusnya yang bertemakan Raja Rock, Diva Pop.

Minggu ini  konsert BRTM2018 bertemakan “Battle of The Band”, menyaksikan lapan peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan berduet bersama Azlan & Typewritter serta Adi 6ixth Sense.

Selain itu mereka turut menyampaikan lagu solo iaitu Idola dinyanyikan oleh Heidi, Tanda Tanya (Hariz), Mata Hati (Ferona), Jeritan Batinku (Anna), Yang Sempurnakanku (Yasser), Menyesal (Hafiz), Cinta Sejati (Yuveena) dan Tak Bisa Memilihmu (Rusil)

Selain AG Coco, mereka turut diadili sepenuhnya oleh juri profesional iaitu Dia Fadila dan Monologue.

Konsert BRTM2018 dikendalikan dua selebriti popular, Aqasha dan Misha Omar disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada setiap Sabtu, jam 8.30 hingga 10.30 malam.

Program ini juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi www.sinarharian.com.my.

loading...

Add Comment