Kadangkala diam adalah jawapan terbaik: Elfira Loy

SELEPAS satu persatu kenyataan dikeluarkan berkaitan isu putus tunang antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, aktres dan pengacara itu akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai pelbagai desas desus yang timbul kini.

Menerusi posting di Insta Stories laman Instagram peribadinya, Elfira menyifatkan kebenaran itu adalah sesuatu yang menyakitkan.

“Anda tidak faham kerana anda tidak berada di tempat saya. Kebenaran itu menyakitkan. Oleh sebab itu saya tidak mahu bercakap apa yang saya rasa menerusi hati kerana kebenaran itu menyakitkan.

“Terima kasih berdiri di sebelah saya tapi ALLAH tahu yang terbaik. Alhamdulillah ALLAH masih memberi saya kebahagiaandan ketenangan. Sekurang-kurangnya saya tidak bercakap tentang kehidupan orang lain,” tulisnya pada malam Jumaat.

Tambah Elfira menerusi status berbeza tindakan berdiam adakala menjadi jawapan yang terbaik.

“Tapi ia tidak bermakna saya setuju atau tidak setuju dengan sesuatu perkara itu,” ujarnya.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober lalu, namun putus pada 18 Februari lalu.

Bagaimanapun isu putus tunang mereka kembali hangat selepas ibu dan bapa Elfira serta pengurus Sufian mengeluarkan kenyataan.

loading...

Add Comment