Rita Rudaini bertemu madu Izreen Azminda

BEBERAPA hari lalu pelakon Rita Rudaini meluahkan kekesalan terhadap sahabat baiknya, Izreen Azminda yang dikatakan lari daripada masalah apabila menutup ruangan komen dan seterusnya akaun Instagram sehingga menyebabkan netizen menyerangnya bagi pihak Izreen.

Terbaharu, Rita mencuri perhatian ramai apabila telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia bersama-sama madu Izreen iaitu Intan Liyana, selain pelakon Nazia Mustapha dan seorang lagi rakan mereka.

Pada gambar tersebut, Rita menulis kapsyen berbunyi; “ Saya pernah jasi isteri seperti dia…”

Gambar yang dimuat naik pada hari Rabu itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut Rita di Instagram. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengecam Rita dan mengaitkannya dengan kisah rumah tangganya sebelum ini.

Ada di antara komen-komen negatif tersebut mendapat perhatian dan dijawab oleh Rita termasuklah kecaman yang mengatakan dia pernah ‘menjaja’ aib cerita bekas suami.

“…bukan jaja dik. Kita cerita benda jujur bila suami aibkan kat mahkamah. Kata kita tak pernah masak, kita tak pernah gosok baju, kita tak pernah kemas rumah.

“Jadi adik kalau duduk tempat saya, rasanya adik lagi teruk kot mengata suami. Jadi jangan cakap bukan-bukan kalau tak tahu cerita sebenar.

“Saya bukan barang mainan lelaki yang nak kena duduk diam bila diaibkan dalam mahkamah. Mungkin adik lemah dengan jantan kot. Think before you split the words babe!

Apa pun, ramai yang menyokong Rita dan melihat pertemuannya dengan Intan dalam konteks yang postif, meskipun Rita merupakan sahabat baik kepada Izreen.

Sebagai wanita yang pernah melalui situasi itu, Rita mungkin memahami keadaan Intan dan kemelut yang sedang dihadapinya apabila bakal diceraikan suami selepas dimadukan.

loading...

Add Comment