Wanita 55 tahun dirogol, disamun

 Seorang wanita dirogol dan disamun lelaki dikenali dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, semalam (Jumaat).

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa turut mengalami luka di kepala dan lebam pada pergelangan tangan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa sebelum itu pergi ke Kuala Terengganu tiba di rumah dan segera masuk ke dalam bilik.

Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila suspek berada di dalam biliknya sebelum lelaki terbabit menutup mulut dan menolaknya ke lantai.

“Suspek kemudian mengikat tangan dan menutup mulut mangsa sebelum bertindak kejam merogol wanita terbabit.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menyelongkar rumah mangsa untuk mendapatkan barangan berharga dan melarikan diri bersama dua buah telefon bimbit mangsa,” katanya.

Mangsa hanya mampu melihat tindak-tanduk suspek sebelum anak lelaki mangsa berusia 32 tahun tiba di rumah itu kira-kira sejam kemudian.

Zulkifli berkata, mangsa dibawa anaknya ke klinik berhampiran untuk rawatan sebelum membuat laporan polis.

Menurutnya, suspek berusia 34 tahun itu berjaya ditahan di sebuah rumah di Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 12.40 tengah hari, Jumaat.

“Siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh sudah bekerja hampir tujuh tahun di daerah ini (Permaisuri).

 “Suspek sememangnya mengenali mangsa memandangkan mereka tinggal di kampung sama dan melarikan diri selepas melakukan jenayah berkenaan.

Zulkifli berkata, suspek yang positif dadah jenis Methamphetamine kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Seksyen 392 KK kerana menyamun.

loading...

Add Comment