Amira nak kahwin dua tahun lagi

PELAKON dan penyanyi popular, Amira Othman bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

Jika tidak, selebriti berusia 25 tahun ini lebih selesa mengambil pendekatan dengan menyerahkan soal tersebut pada ibu bapanya.

“Kalau ikut target, saya nak kahwin pada umur 26 atau 27 tahun.

“Tapi, saya akan serahkan pada ibu bapa saya kalau masih belum lagi bertemu kekasih, tahun depan.

“Lagipun, mak ayah kita mesti akan decide yang terbaik untuk kita,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran produk kesihatan, CTFit Detoks, baru-baru ini.

Pun begitu, Amira mengakui tidak kisah untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan sesiapa.

“Buat masa ini, saya tak menolak kalau ada yang nak berkawan kerana ia tak menganggu pun.

“Cumanya saya belum terfikir untuk ke arah yang lebih serius,” katanya.

Malah, penyanyi lagu Hati-Hati ini juga tidak mahu terlalu tergesa-gesa dalam membina hubungan.

“Saya takut juga kalau orang yang saya kenal nanti, tak sesuai dengan saya.

“Mujurlah, ibu bapa saya juga seorang yang yang berfikiran terbuka dan boleh dibawa berbincang.

“Sebab itu, saya yakin dengan naluri mereka,” katanya.

Tambahan pula, pelantun lagu Mimpi Indah ini turut berhasrat untuk mempunyai bisnes sendiri sebelum menamatkan zaman bujangnya.

“Kalau boleh, saya nak capai dulu apa yang saya impikan.

“Tapi, ini semua apa yang saya plan. Saya tak tahu apa rancangan ALLAH. Jadi, saya harap semua baik-baik saja,” katanya.

loading...

Add Comment