Baim Wong Rancang Nikah, Rahsiakan Identiti Bakal Isteri

Aktor popular Indonesia, Baim Wong mengakui sudah bertemu pasangan yang bakal dijadikan teman hidupnya.

Menurut Kapan Lagi.com, Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 37, berkata, dia merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini.

“Saya yakin tahun ini bakal bernikah, ya, harus segera kerana sudah tua,” ujarnya.

Pelakon itu memberitahu dia sudah bertemu dengan seorang wanita yang sesuai, namun belum belum bersedia memperkenalkan kepada umum.

Katanya, dia mengenali wanita istimewa itu menerusi seorang sahabat.

“Sekarang saya rapat dengan seorang wanita dan saya harap doakan jodoh kami ada.

“Saya juga minta ibu bapa saya doakan agar saya berkahwin tahun ini,” ujarnya.

loading...

Add Comment