“Zul Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong” – Zainol MacWilson

Pelakon veteran Zainol Macwilson mengakui lega apabila mendapat tahu anaknya Zahirah sudah putus dengan Zul Ariffin sejak sebulan lalu.

“Alhamdulillah, saya lega. Selama ini ada sebab kenapa saya tidak restu hubungan mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Zainol, 60, juga berharap aktor berbadan sasa itu tidak lagi mengganggu anaknya dan jadikan perkara apa berlaku satu pengajaran.

“Dari awal lagi saya memang tidak suka mereka berkawan. Malah, ketika saya masih bersama mak Zahirah, dia ada beritahu yang Zul tidak hormat orang tua. Hari pertama jumpa dia sudah berikan persepsi negatif.

“Ternyata, orang sekeliling juga banyak menyampaikan perkara sama hingga saya juga terkena. Jadi, alasan saya tidak restu hubungan mereka ada asasnya. Saya bukan suka-suka berbuat sedemikian.

“Jadi, apabila Zahirah maklumkan perkara ini, saya berkata baguslah. Saya nasihat agar dia fokus kepada kerjaya dan jaga nama sebaiknya. Paling penting, jangan mudah tergoda lagi dengan sesiapa pun,” katanya.

Zainol yang juga pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu berkata, sepatutnya Zul dari awal lagi mengambil langkah berundur dan tidak meneruskan hubungan dengan Zahirah.

“”pa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

“Selagi saya hidup, Zahirah masih menjadi tanggungjawab saya. Saya berharap, apa yang berlaku ini secara tak langsung, ia beri pengajaran dan harus ‘move on’.

“Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua,” katanya.

Dia juga berharap sudah tiba waktu Zahirah fokus kepada kerjaya dan perlu lebih berhati-hati selepas ini dalam mengenali mana-mana lelaki.

loading...

Add Comment