Didie Alias Dah Jadi Nenek

Tahniah kepada selebriti serba boleh, Didie Alias, kerana telah menimbang cucu sulung, baru-baru ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon yang menerima jolokan Lady Gaga Malaysia ini di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdullillah tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya pada kapsyen beserta #NannyD #babySS.

Bayi lelaki yang lahir dengan berat 3.6kg ini merupakan cahaya mata pertama epada anak perempuan Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan yang selamat dilahirkan pada 14 April (Sabtu) secara normal.

Dhaniyah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Rata-rata peminat dan pengikut Didie turut berkongsi kegembiraan tersebut dan turut mengucapkan tahniah buat Didie yang kini telah bergelar nenek.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim yang terdiri daripada Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Sementara menerusi perkahwinan kedua bersama Norisham pula, Didie dikurniakan anak lelaki, Muhammad Dayyan.

loading...

Add Comment