Dr Soo Wincci dah mula berpuasa di Sepanyol

SELEBRITI Dr Soo Wincci memberitahu dia sudah berpuasa lebih awal di luar negara iaitu di Sepanyol.

Tinjauan Kakigosip di media sosialnya, Soo Wincci, 32, menulis, dia berpuasa awal sebagai persiapan dan menyesuaikan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan, di sana.

“Selamat berbuka dari Spain, Wincci kena mula puasa beberapa hari lebih awal kat Spain supaya badan Wincci dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu puasa yg panjang kat Spain,” coretnya.

Pada masa sama, ada juga individu yang bertanya, adakah Soo Wincci seorang penganut agama Islam dan ini jawapannya.

“Saya anak Malaysia tanpa kira kaum, bangsa dan agama,” katanya.

loading...

Add Comment