Umie kongsi gambar bersama Tun Mahathir dan isteri

PELAKON Umie Aida sebelum ini memberitahu belum bersedia untuk berkongsi pengalaman yang dilalui ketika penahanan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lebih dua tahun lalu yang lantang bersuara berkenaan isu 1MDB.

Bagaimanapun, Umie menerusi laman Instagramnya hari ini berkongsi momen-momen menarik dia dan suami bersama-sama bersama YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun Dr Siti Hasmah di sebuah majlis.

Difahamkan majlis yang berlangsung semalam itu merupakan majlis doa selamat dan tahlil bersempena kedatangan bulan Ramadan yang dianjurkan oleh Yayasan Perdana.

“Majlis doa selamat dan tahlil anjuran yayasan perdana bersama ayahanda dan bonda kesayangan rakyat Malaysia. Selamat menyambut Ramadan. #Ramadan #2018 #Malaysia” tulisnya sebagai kapsyen.

Posting yang dikongsikan Umie itu telah dilihat lebih 100 ribu orang dalam masa kurang tiga jam.

Rata-ratanya meninggalkan pelbagai komen positif dan kata semangat kepada Umie dan keluarga.

loading...

Add Comment