BOLEHKAH AYAH MENCIUM ANAK PEREMPUANNYA?

Sharing is caring!

BOLEHKAH AYAH MENCIUM ANAK PEREMPUANNYA?

*Sekadar Gambar Hiasan*

Bolehkah ayah mencium anak perempuannya? Setiap kali saya ingin pulang semula ke kampus, ayah saya akan mencium saya sebelum berpisah. Bolehkah seorang ayah mencium anak perempuannya atau seorang ibu mencium anak lelakinya walaupun sudah dewasa?

JAWAPAN:

Alhamdulillah, terima kasih  kepada yang bertanya.  Kita tidak dapat  nafikan bahawa seorang ayah adalah mahram bagi puterinya dan dibolehkan bagi si  anak  untuk tidak berhijab dihadapan ayahnya. Yang jadi pertanyaan disini, bolehkah seorang ayah mencium puterinya yang sudah baligh dan sebaliknya?

Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al Mustadrak, Saidatina Aisyah berkata, “Aku tidak pernah melihat seseorang  yang lebih  mirip dengan  Rasulullah SAW  dalam ucapan  dan  perkataan daripada Fatimah  r.ha.  Apabila  Fatimah dating  kepada baginda,  Baginda mengucapkan  selamat dating  kepadanya, berdiri  menyambutnya, kemudian memegang tangannya, menciumnya dan mendudukkan Fatimah di tempat  duduk beliau. ”Kata Imamaz-Zahabi, “Hadis ini sahih”.

Tidak ada dosa dan kesalahan bagi seorang ayah untuk mencium   puterinya  yang sudah  besar ataupun  yang masih  kecil tanpa  disertai syahwat.  Namun ustaz nasihatkan supaya ciuman  itu diarahkan ke  pipi seorang anak  atau sebaliknya apabila telah dewasa. Ciuman pada bibir terkadang akan menggerakkan nafsu dan syahwat  ditambah pula  dengan suasana  zaman sekarang  yang memandang  bahawa ciuaman  mulut  ke  mulut  adalah  ciuman  kemesraan  pasangan  kekasih. Maka meninggalkannya lebih utama dan lebih hati-hati.

Demikian pula si anak, boleh baginya mencium ayahnya pada hidung atau kepalanya tanpa disertai syahwat. Seorang ibu juga boleh mencium anak lelakinya di dahi, pipi atau diatas kening dan begitulah sebaliknya. Adapun apabila ciuman itu disertai syahwat walaupun dibahagian mana sekalipun, maka haram hukumnya supaya menutup fitnah dan menutup ruang yang membawa kepada perbuatan keji. Wallahuaklam.

Leave a Comment