Gambar Wanita Bawa Anak Kencing di Sinki “Foodcourt” Pasaraya Tersebar

Sharing is caring!

Dua keping gambar yang memaparkan tindakan seorang wanita membawa anak lelakinya kencing di sinki “Foodcourt” disebuah pasaraya tersebar di laman media sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Taiping Zone itu menyatakan kejadian berlaku di sebuah pasaraya di Taiping Perak.

Tindakan itu disifatkan pengotor dan tidak menghormati pelanggan lain yang menjamu selera di kawasan terbabit.

Di ruangan komen posting tersebut, kebanyakan pengguna laman media sosial mengkritik tindakan wanita terbabit.

“Rasanya toilet dekat je. Apa ke malas nk g toilet? Tak malu betul. Da la kat mall. Malulah sikit”, tulis Nuramalina Jamaluddin.

“Not hard to find a toilet in a mall, so y wan to do that?? it’s not hygiene n shameful too…..”, tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Sherlyn Lai.

Namun ada juga yang cuba berfikiran positif dengan menyatakan wanita tersebut berbuat demikian disebabkan anaknya sudah tidak tahan untuk kencing.

“Mungkin anak dia xtahan sgt nak kencing..kita mana nak tau..kita pon manusia biasa..mNa leh bC hati orng..melainkN kita ni di beri anugerah melihat hati orng…hahaduii”, tulis Akmal Zidane.

Malahan ada juga yang mengkritik individu yang menangkap gambar ini kerana tidak terus menegur perbuatan terbabit.

“Tahniah pd yg up gambar ni, anda telah buktikan yg anda pun sama mcm org dlm gambar ni, KURANG CERDIK!!!! Ko ingat nyonya ni nk baca fb ko? Pegi tegur la apa punya turrrt!!!!”, tulis Ahmad Nazri.

Leave a Comment