Selain itu dilaporkan kira-kira 238 orang jemaah termasuk enam orang jemaah dari Malaysia mengalami kecederaan.
Kejadian ini berlaku ketika ratusan ribu jemaah haji daripada seluruh dunia sedang berkumpul di kota ini dimana musim haji akan bermula pada 21 September ini.
Sehingga kini pihak kedutaan India, Bangladesh, Pakistan dan Malaysia telah mengesahkan jemaah mereka telah mengalami kecederaan.
Pihak Konsulat Pakistan, Aftab A. Khokher berkata kira-kira 15 orang jemaah mereka telah mengalami kecederaan di mana dua daripadanya kini sedang dirawat di hospital Makkah.
Manakala pihak konsulat India di Arab Saudi, B.S. Mubarak mengesahkan 10 jemaah dari negara mereka mengalami kecederaan dan pihak Konsulat Bangladesh ke Arab Saudi, Shahidul Karim juga mengesahkan 25 jemaah dari negaranya cedera.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman melalui sidang media semalam mengesahkan 6 orang jemaah Malaysia mengalami kecederaan di mana seorang mengalami patah kaki.
Ikuti Sidang Media penuh oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Memetik laporan berita Arabnews, sebagai berkata kren yang terletak di Masjidil Haram itu jatuh selepas berlaku ribut pasir dan kemudiannya di susuli dengan hujan lebat pada Jumaat petang.