Siapa yang tidak ingin memiliki bibir yang cantik dan pasti ramai yang ingin memerahkan bibir dan juga memastikan bibir mereka sentiasa lembap dan tidak kering.
Elakkan tabiat suka menjilat bibir dengan lidah untuk membasahkan bibir yang kering atau ketika haus sebab perbuatan ini sebenarnya akan mengeringkan lagi permukaan bibir kita disebabkan enzim yang terkandung dalam air liur.
Guna pelembap bibir. Standby satu pelembap bibir supaya anda boleh gunakan pada bila-bila masa bibir anda terasa kering.
Anda boleh gunakan lipstik tapi pastikan anda membuang kesan lipstik atau gincu dengan sepenuhnya sebelum anda tidur. Jangan biarkan kesan lipstik tidak dicuci dan dibawa tidur.
Petua bibir sentiasa lembap yang boleh kita ikuti ialah dengan menyapu madu lebah di permukaan bibir. Cara ini bukan sahaja boleh melembapkan bibir malah boleh membantu memerahkan semula bibir hitam atau gelap.
Ambil gizi yang sihat dan mengikuti Piramid Makanan Seimbang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan makanan yang pedas. Semoga anda berjaya mempraktikkan cara lembapkan bibir anda dan yang penting ianya berkesan.