Biodata Zahirah MacWilson Pelakon Drama Mencintaimu TV3

Sharing is caring!

Biodata Dan Gambar Zahirah Macwilson. Nama Zahirah Macwilson pasti akan menjadi sebutan mulai esok bila bermulanya drama Mencintaimu di Slot Akasia TV3. Mesti ramai yang akan bertanya Siapa Zahirah Macwilson ni? Dia berlakon drama apa sebelum ni?

Biarpun drama Mencintaimu ini bukan drama pertama lakonan Zahirah Macwilson tetapi kebiasaannya nama hampir setiap hero dan heroin di slot Akasia akan melonjak naik seperti Janna Nick dan Mia Ahmad. Drama-drama yang ditayangkan di slot Akasia sering trending dan mendapat rating yang tinggi.
Biodata Zahirah Macwilson
Nama sebenar Zahirah Macwilson adalah Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson. Berdarah campuran Melayu dan Australia, pelakon jelita ini baru berusia 20 tahun.
Berasal dari Kuala Lumpur, Zahirah Macwilson juga merupakan seorang model dan memiliki Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia.
Antara drama yang pernah dilakonkan oleh Zahirah Macwilson adalah Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mr London Ms Langkawi dan yang terbaru ini Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad.
Untuk anda yang ingin mengenali dengan lebih dekat pelakon Zahirah Macwilson boleh ikutinya di Instagram  https://instagram.com/zahirahmacwilson/ dan di twitter https://twitter.com/zahirahmac
Gambar Zahirah Macwilson

Leave a Comment