Aktiviti meraba kekasih di celah rimbunan pokok bunga

Sharing is caring!

Aktiviti meraba kekasih di celah rimbunan pokok bunga  – Atur temu janji dan melakukan aktiviti meraba kekasih di celah rimbunan pokok bunga. Itu antara kegiatan seorang duda anak dua yang ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama kekasihnya, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, lelaki berusia 42 tahun dan pasangannya berusia 26 tahun itu antara 48 individu yang ditahan pegawai JAWI sekitar Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Difahamkan, mereka berkenalan sejak dua minggu lalu sebelum berjumpa dan singgah ke lokasi berkenaan untuk ‘bermesra’.

Lelaki yang mempunyai anak berusia 16 dan 17 tahun itu dikatakan sanggup datang dari Seremban, Negeri Sembilan dan menjemput pasangannya yang menetap di Gombak, Selangor.

Sebaik ditahan pegawai JAWI, duda terbabit cuba merayu dan meminta dibebaskan dengan memberi pelbagai alasan kononnya tidak melakukan apa-apa perbuatan salah.

Leave a Comment