Hebat, Video Aksi Scha Menari Catat Hampir Sejuta Tontonan

Sharing is caring!

SCHA Al-Yahya memang dikenali sebagai pelakon yang gila-gila, tengok sahajalah wataknya dalam drama bersiri, Awan Dania yang popular satu ketika dulu.

Mengembalikan kembali persona gadis gila-gila dan happy go lucky yang ada dalam dirinya, Scha menunjukkan kepakarannya menari dalam iklan terbaharu deodorant Rexona yang melantiknya sebagai jurucakap bagi produk itu.

Video iklan komersil yang dikongsikan sejak dua bulan lalu itu hampir mencecah sejuta tontonan!

Satu rekod yang agak tinggi bagi sesebuah iklan komersil yang jarang-jarang mencatatkan jumlah tontonan yang agak tinggi seperti itu.

Hmm, apa ya daya tarikan orang terhibur tengok iklan ni? Apa lagi kalau tak gaya tarian Scha yang cukup selamba dan menghiburkan ini kan!

Leave a Comment