Adakah gambar ini mencetuskan perceraian Lara Stone dengan David Walliams?

Sharing is caring!

David Walliams menyalahkan isterinya yang merupakan seorang model tentang kelakuannya yang tidak munasabah atas penceraian mereka selepas lima tahun perkahwinan.

Pelakon komedi yang berusia 44 tahun ini mengesahkan pencerainnya dengan isteri Lara Stone,31 di mahkamah semalam yang hanya berlansung selama 60 saat.

Pasangan ini dilaporkan berkongsi dengan harta kekayaan sebanyak £19 juta. Telah tinggal berasingan selama enam bulan yang lepas, selepas Lara Stone bergambar separuh bogel bersama Justin Bieber yang berusia 21 tahun ini .

Bieber yang telah bergambar dengan ibu kepada seorang anak ini untuk kempen Calvin Klein dikatakan telah mengajaknya keluar sewaktu dalam pembikinan iklan tersebut, ternyata Justin tidak tahu bahawa Lara sudah pun berkahwin dan ajakannya telah ditolak.

Pada bulan Mac, Walliam dikhabarkan kecewa dengan sikap isterinya yang mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah mereka.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, Alfred yang berusia dua tahun, telah berkahwin  di Claridge’s hotel pada tahun 2010.

Lara

Saat bahagia Lara Stone dan David Walliams

Berikut dibawah adalah sedutan dari iklan bagi kempen Calvin Klein

 

The post Adakah gambar ini mencetuskan perceraian Lara Stone dengan David Walliams? appeared first on Viral Kini.

Leave a Comment