Bayan Lepas Expressway (BLE) Ditutup Dari Jumaat Malam Hingga Pagi Isnin

Sharing is caring!

GEORGETOWN : Bayan Lepas Expressway (BLE) yang masih dalam pembinaan akan ditutup setiap hujung minggu bermula dari jam 11 malam pada hari Jumaat 05:30 pagi Isnin untuk memudahkan kerja-kerja konkrit di jejambat yang menghubungkan lebuhraya tersebut ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam.

Kerajaan negeri telah mengarahkan penutupan selama 54.5 jam seminggu melibatkan sebahagian daripada Tun Dr. Lim Chong Eu Expressway (dimana BLE adalah sebahagaian daripadanya) sekurang-kurangnya dua hujung minggu, tertakluk kepada perubahan dan keadaan aliran trafik alternatif.

Kerja-kerja di jejambat tersebut turut digelar sebagai “jangka masa khas”, telah tersasar dari tarikh sebenar, apabila kerajaan hanya menutup jejambat  pada jam 11.oo malam hingga 05.30 petang setiap hari.

Menurut Datuk Dr Hasnul yang merupakan Pengurus Kanan (bahagian jalan) Jabatan Kerja Raya (JKR), kerja berkenaan dengan jambatan ini dijangka akan siap pada bulan Ogos tahun depan. Tambah Hasnul lagi, jika ianya ditutup pada hujung minggu penuh, jejambat ini akan siap pada Januari tahun depan.

“Kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya”. Dilaporkan penutupan beberapa laluan di Tun Dr Lim Chong Eu Expressway pada 17 Ogos telah mencetuskan kemarahan ramai orang.

Sesetengah mendakwa, penutupan beberapa laluan ini menyebabkan, jalan yang sepatutnya mereka tempuh hanya 10 minit boleh menjadi tiga jam kerana terperangkan dalam kesesakan yang amat dahsyat.

Beberapa kilang di Zon Industri Bebas Bayan Lepas turut merungut, lebih dari separuh pekerja mereka tiba lambat ke tempat kerja, ratusan kanak-kanak lambat ke sekolah dan lebih 100 orang terlepas penerbangan mereka ke Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan kerja-kerja untuk melancarkan aliran trafik.

Manakala, Hasnul berkata, kumpulannya turut berhubung dengan beberapa panel bebas dari jurutera berpengalaman, yang telah diantik oleh kerajaan negeri, yang merupakan jurutera khas dari kontraktor utama, UEM Builders Bhd untuk mematuhi keperluan keselamatan.

Jurutera kerajaan negeri turut berkerjasama dengan  jurutera pemeriksaan bebas JKR untuk mewajibkan UEM Builders mengikuti langkah-langkah keselamatan sewaktu dalam pembinaan. BLE yang menghubungkan Batu Maung ke Sungai Nibong menelan kos sebanyak RM337 juta merupakan projek  JKR yang telah bermula sejak April tahun lepas yang telah dijadualkan akan siap pada 31 Mac tahun depan.

The post Bayan Lepas Expressway (BLE) Ditutup Dari Jumaat Malam Hingga Pagi Isnin appeared first on Viral Kini.

Leave a Comment