Perang Media Sosial Tercetus Antara Azmin Ali dan Teo

Sharing is caring!

PETALING JAYA: Perang media sosial antara Teo Nie Ching dan Azmin Ali tercetus semalam (Khamis 10 September 2015) berkenaan dengan keputusan Menteri Besar Selangor untuk berkerjasama dengan PAS.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP  berselisih faham dengan komen Azmin di Twitter yang memanggilnya  “childish” yang bermaksud “kebudak-budakan” telah membalas balik komen tersebut melalui posting nya di Facebook pada hari ini.

“Inilah Menteri Besar Selangor kita. Apabila Hadi enggan menyokong Kak Wan (Datin Seri Wan Azizah) menjadi Menteri Besar Selangor, dia (Azmin) tidak memanggil Hadi kebudak-budakan”.

“Apabila Hadi berkata, PAS akan bertanding dengan DAP dengan kerusi yang telah didominasikan pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang, dia tidak memanggilnya kebudak-budakan”.

“Apabila saya bangkitkan persoalan yang mengganggu ribuan penyokong, dia panggil saya kebudak-budakan”.

Teo membuat kenyataan itu merujuk kepada Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang  termasuk tentang keputusan Hadi yang menolak keputusan untuk menjadikan  Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin yang juga merupakan timbalan kepada Wan Azizah, bagaimanapun ingin berkerjasama dengan PAS, walaupun parti tersebut mempunyai masalah dengan DAP.

Pada hari Selasa, Azmin berkata, PKR telah membuat keputusan bersama untuk meneruskan kerjasama dengan PAS jika pakatan pembangkang baru telah ditubuhkan.

 

The post Perang Media Sosial Tercetus Antara Azmin Ali dan Teo appeared first on Viral Kini.

Leave a Comment