Tun Mahathir Akan Berkerjasama Denggan Polis

Sharing is caring!

SUBANG : Tun Mahathir sedia berkerjasama dengan polis jika dipanggil untuk memberi keterangan tentang kenyataannya pada perhimpunan Bersih 4.0 pada bulan lepas.

“Ini adalah cara hidup di Malaysia. Apabila polis panggil untuk menyiasat anda, anda harus pergi. Biarkan mereka siasat, itu adalah tugas mereka”, katanya kepada wartawan sewaktu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah disini.

Bekas Perdana Menteri terbabit baru sahaja kembali di Republik Czech bersama dengan isterinya Tun Dr Siti Hasmah. Pasangan terbabit ke luar negara selepas 34 jam menghadiri perhimpunan terbabit.

Pada 3 September, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Tun Mahathir akan disiasat dibawah jenayah fitnah berkenaan beberapa kenyataannya yang dibuat kepada media pada perhimpunan terbabit.

Apabila ditanya, adakah Tun M diberi notis oleh polis berkaitan dengan siasatan terbabit, Mahathir berkata beliau hanya membaca laporan akhbar berkaitan sukan.

Mahathir turut menambah, perhimpuna oleh Baju Merah pada 16 September adalah tidak perlu, “Mengapa perlu ada perhimpunan Baju Merah? Tak perlu. Ianya seperti di Bangkok. Inilah masalah kita, kita patut menyelesaikannya dengan cara kita”, ujar Tun merujukĀ  kepada pergolakan politik di Thailand digerakkan oleh penunjuk perasaan baju kuning dan merah.

The post Tun Mahathir Akan Berkerjasama Denggan Polis appeared first on Viral Kini.

Leave a Comment