Muslimah Berhijab Ini Merupakan Gitaris Band Heavy Metal

Sharing is caring!

Gisele Marie, 42, wanita Muslim dari Sao Paulo, Brazil merupakan seorang pemain gitar dalam sebuah band beraliran heavy metal.

Uniknya, Marie mengenakan burqa yang menutupi sekujur tubuhnya.

Kumpulan muzik yang disertai Marie bernama Spectrus. Band tersebut berdiri sejak 2012 dan sedang menyiapkan sebuah album yang dijangka berada dipasaran pada 2016.

 “Ramai orang yang terkejut dengan penampilan saya,” kata Marie seperti dipetik dari Now News.

Marie menjadi mualaf pada tahun 2009 selepas ayahnya meninggal dunia. Menurut Marie, ramai orang memandang positif tindakannya tersebut, namun ada juga yang menjauhkan diri  sejak dia memutuskan menjadi muallaf dan memakai burqa.

Leave a Comment