INI PUNCANYA KENAPA WANITA INI PANJAT PAGAR VINCCI

Sharing is caring!

INI PUNCANYA KENAPA WANITA INI PANJAT PAGAR VINCCI|EKORAN faktor keselamatan jualan gudang Vincci yang dijadualkan berlangsung di Glenmarie, Shah Alam yang bermula hari ini sehingga Ahad terpaksa dibatalkan.

Perkara itu diumum melalui laman rasmi Facebook jenama itu.

“Dengan rasa kesal, kami mengumumkan Jualan Gudang Vincci dibatalkan pada 3 dan 4 Oktober atas faktor keselamatan,” tulis kenyataan itu.

Jualan yang menawarkan harga kasut serendah RM15 terpaksa dibatalkan selepas situasi kecoh ekoran kebanjiran pengunjung yang ramai terutamanya dari golongan wanita.

Menerusi perkongsian foto serta video di laman sosial, kelihatan pengunjung sanggup memanjat pagar serta tembok untuk masuk ke tapak jualan.

Sementara itu, tinjauan di laman Facebook Vincci, rata-rata pelayar menyalahkan pihak pengurusan kerana kegagalan untuk menguruskan jualan gudang berkenaan.

Intan Elliana Zakaria menulis, “sepatutnya nak buat jualan buatlah di tempat besar macam Al ikhsan dulu.. buat dalam Stadium Melawati Shah Alam.. baru semua puas hati dan pelanggan pun gembira.”

“Pengurusan hancur, Dah tahu nak jual murah pegi la tempat besar,” tulis Efa Shamsudin pula.

Walau bagaimanapun ada juga netizen menyalahkan sikap pengujung.

“Segelintir pengunjung pun satu, psiko sanggup beratur 8 km dah kenapa, berebut macam setahun tak pakai kasut, Vincci je pun, sale shop dia pun RM15 gak, so jangan salahkan penganjur, salahkan sikap diri sendiri yang tak reti jaga perangai,” tulis Lolly Farhana Farush pula.

Leave a Comment