Penguatkuasa Wanita Dimaki 'Anjing' Terima Penghargaan Daripada Kerajaan Pulau Pinang

Sharing is caring!

Berikutan tersebar video yang menjadi viral di laman sosial yang menunjukkan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dipanggil dengan perkataan anjing dan wang kompaun dilempar ke lantai, rata-rata netizen melahirkan rasa marah dengan dua lelaki berkenaan dan bagaimanapun memuji sifat profesional yang ditunjukkan oleh anggota penguatkuasa MPPP tersebut.

Hari ini, ketiga-tiga mereka telah dipanggil oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di mana beliau memuji sikap ketiga-tiga meerka dengan memberi hadiahkan insentif  RM200 setiap seorang kerana berjaya mengawal keadaan tegang akibat pesalah trafik yang bersikap kurang ajar terhadap mereka.

“Saya harap sikap mereka ini dicontohi oleh semua orang, kita tidak patut memarahi penguat kuasa kerana mereka hanyalah menjalankan tugas mereka.

“Kepada semua penduduk negeri ini yang berasa tidak berpuas hati dengan tindakan MBPP mengunci kereta mereka, bolehlah ke pejabat MBPP untuk membuat aduan mahupun laporan.

“Insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak dan diharap orang awam tidak mengeluarkan kata-kata kesat memarahi penguatkuasa,” katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

Leave a Comment

shares