Sharnaaz Beli Arak Asahi Di Jepun

Sharing is caring!

Hero drama bersiri Suami Encik Sotong, Sharnaaz Ahmad telah memuatnaik gambar dirinya bersama Hanez Zalikha dengan troli masing-masing ketika berada di Okinawa, Jepun.

Antara ramai-ramai peminat, tentulah ada mata-mata yang peka dan istimewa berbanding orang lain. Seorang peminat telah ternampak botol arak berjenama Asahi.

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai satu gambar artis malaysia yang membeli-belah di Jepun dan kelihatan satu jelmaan beer di dalam troli tersebut. Beer tersebut amat terkenal di kalangan peminum beer di Jepun yang berjenama Asahi. Adakah beer itu kepunyaan artis tersebut atau?”


Jika diamati botol tersebut, jelas sekali ianya adalah sejenis arak yang popular di Jepun bernama ASAHI seperti yang didakwa pengirim. Mungkin pengirim ini pelajar Malaysia yang belajar di Jepun agaknya. 

Terdapat pelbagai kemungkinan di sini. Ada kemungkinan itu bukan pun troli mereka. Mungkin mereka tumpang bergambar sahaja. Keduanya mungkin itu troli milik mereka tetapi beer tersebut mungkin salah seorang krew yang punya. 

Leave a Comment