Datuk Vida Kumpul 10 Mahkota Dan Paling Mahal Bernilai RM100 Ribu

Sharing is caring!


Kalau disebutkan tagline ‘Qu Qu Putih, barulah putih’ sudah pasti ramai tahunya dan siapakah wanita hebat disebalik tagline berkenaan.

Datuk Vida, seorang jutawan kosmetik yang sudah tidak asing lagi dalam bidang kecantikan di mana produk-produknya bermain-main di kaca televisyen dan ada rancangan-rancangan besar di tv ditaja olehnya.

Namun, yang menarik perhatian mengenai pemilik Vida Beauty kini mendedahkan tentang hobi ‘mahalnya’ di mana dia dikatakan suka mengumpul mahkota.

Angan-angan nak jadi puteri raja.  Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.

“Setakat ini saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong,” katanya dipetik Media Hiburan.

Menurutnta, adalam 10 mahkota yang dikumpulknya itu, salah satunya adalah beharga dalam lingkungan RM100,000 lebih, manakala yang paling murah berharga RM10,000 lebih.

Kebiasaannya, Datuk Vida akan memakai mahkota ini semasa promosi produk-produk atau ada majlis tertentu untuk tampil unik dan menarik.

Leave a Comment