Pada suatu hari kami(Umar r.a & para sahabat r.a) duduk duduk bersama Rasulullah SAW

Sharing is caring!

lalu muncul dihadapan kami seorang yang berpakaian putih. Rambutnya hitam sekali dan tidak nampak tanda tanda perjalanan. Tidak seorang pun dari kami mengenalnya.
Dia langsung duduk menghadap Rasulullah SAW, kedua kakinya menghimpit kedua kaki Rasulullah dan kedua telapak tanganya diletakkan diatas peha Rasulullah SAW, seraya berkata; “Ya Muhammad beritahu aku tentang Islam”, lalu Rasulullah menjawab “Islam ialah Bersyahadat bahawa tiada Nyata Hanya Allah & Muhammad Rasul Allah, Mendirikan Solat, Menunaikan Zakat, Puasa dibulan Ramadhan dan Mengerjakan Haji apabila mampu.
Kemudian dia bertanya lagi; Kini beritahu aku tentang Iman, ” Rasulullah SAW menjawab, ” Beriman kepada Allah, Malaikat Malaikat Nya, Kitab Kitabnya, Rasul Rasul Nya, Hari Akhir dan berIman kepada Qada & Qadar. Orang itu lantas berkata “Benar”. Kini beritahu aku tengang Ihsan; Rasulhllah menjawab, “
Beribadah kepada Allah seolah olah anda melihat Nya walaupun anda tidak melihat Nya, keran sesungguhnya Allah melihat anda. ” dia bertanya lagi; ” Beritahu aku tentang Assa’ah ( Azab Qiamat).” Rasulullah menjawab ” Yang ditanya itu tidak lebih tahu dari yang bertanya.” Kemudian dia bertanya lagi, ” Beritahu aku tentang tanda tandanya.
Rasulullah menjawab. ” seorang budak perempuan melahirkan ibu, Orang orang tanpa berkasut, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing masing berlumba membina bangunan bangunan tinggi mencakar langit.” Kemudian orang itu pergi menghilangkan dari pandangan mata. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar,hai Umar, tahukah kamu siapa orang yang bertanya tadi?
Lalu Umar menjawab “Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui.” Rasulullah SAW lantas berkata, ” Itulah Jibril datang untuk mengajarkan agama Kalian..” (HR: Muslim)

Leave a Comment