Sharnaaz Ahmad Berang Dengan Peniaga Flavour Vape Letak Harga Cekik Darah

Sharing is caring!



Kalau anda perasan, isu penggunaan vape atau rokok elektronik kini menjadi satu isu negara dan hangat diperkatakan, apatah lagi setelah pihak berkuasa menjalankan operasi ke atas perniagaan yang berkaitan.

Malah ada juga pertikaian mengenai penggunaan nikotin ke atas flavour vape itu sendiri.

Isu ini akhirnya menarik minat pelakon Shaarnaz Ahmad, yang meluahkan rasa berangnya terhadap peniaga flavour vape yang meletakkan harga yang amat tidak berpatutan.



“Aku rasa dah sampai masanya dipantau sama harga jualan jus yg melampau harganya Rm40 sebotol 30ml.

“… modal nak buat satu botol tu cuma Rm1 MAX.. Pengeluar yg bermodalkan Rm1 ringgit ni tolak pada supplier RM15-20 ringgit.. Margin untung dah Rm14 ringgit.. Dijual pulak pada AKU.. RM 40 hengget sebotol.. Untung pulak si kedai vapionsss RM 20-25 hengget.. Sapa disini yg rabak?!!! Yang dok hisap ni lah,” ujarnya memetik posting di laman instagramnya.

Tidak kisah jika dirinya dikritik mengapa masih menghisap vape meksipun mengetahui harga flavornya masih mahal, Sharnaaz bagaimanapun menyatakan luahannya itu sebagai peringatan kepada peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan dan bukan sekadar mengejar keuntungan.

Leave a Comment