Impian 1000 Pelajar Perubatan Untuk Bergelar Doktor Terbantut, Digugurkan Kerana Lemah Bahasa Inggeris

Sharing is caring!



MELAKA: Kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah telah membantutkan impian kira-kira 1,000 graduan perubatan menjadi doktor walaupun mereka berjaya menamatkan latihan “housemanship” di hospital awam.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Melaka, Prof Dr M. Nachiappan berkata kebanyakkan doktor pelatih yang digugurkan ini tidak dapat menerima tekanan yang berterusan untuk menjadi seorang doktor sepenuhnya.

“Walaupun berjaya menamatkan latihan housemanship mereka pada tahun lalu, kebanyakannya tidak lagi berminat untuk menjadi doktor.

“Sebab utama adalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Ia tidak sihat untuk komuniti perubatan dan tidak baik untuk negara sekiranya pihak berkepentingan tidak melaksanakan beberapa rancangan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris,” 

Beliau selain itu memberitahu bahawa faktor kurang minat dalam latihan perubatan asas, skil hubungan dengan pesakit yang lemah dan kekecewaan dengan keadaan sekeliling juga menjadi antara sebab.

“Perlu ada tindakan segera untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa ini di peringkat sekolah rendah. Jika tidak kualiti doktor akan merosot teruk,” katanya.

Dr Nachiappan yang merupakan Timbalan Dekan Kolej Perubatan Manipal Melaka berkata sekolah perubatan juga menghadapi kesukaran untuk melahirkan graduan berkualiti kerana kurang pendedahan kepada bahasa Inggeris.

Katanya, ini terbukti dengan keputusan buruk yang diperolehi pelajar perubatan apabila mereka mengikuti pengajian di universiti dan kolej perubatan.

“Kualiti pelajar kita terjejas kerana kelemahan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,” katanya sambil menambah semua buku rujukan bidang perubatan disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Leave a Comment