(Video) Ahmad Maslan Dedah Turut Berada Dalam Group “Kami Anti Ahmad Maslan”, Takkan Keluar

Sharing is caring!


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan mendedahkan beliau turut berada di dalam group Whatsapp “Kami Anti Ahmad Maslan” dan berkata dia tidak akan keluar dari group tersebut.

Beliau yang ditemuramah oleh Astro Awani berkata dengan cara itu dia boleh mengetahui apa yang rakyat tidak suka mengenainya.

Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang sentiasa memenuhi telefon bimbit saya.

Bermacam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan ‘Kami Anti Ahmad Maslan’. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.

Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya,” kata Ahmad.

Leave a Comment