PETUA MUDAH MENGATASI SIFAT SUKA MELENGAHKAN SOLAT

Sharing is caring!

Seseorang yang selalu berat nak bersolat fardhu, kenalah check dirinya dahulu. Antara sebab kalau kita dah rasa berat nak solat adalah disebabkan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga dengan itu Allah permudahkan kita untuk menyembahNya.
Dibawah ini Giler Kentang ingin kongsikan petua mengatasi sifat suka melengahkan solat. Jom baca.
PETUA MENGATASI SIFAT SUKA MELENGAHKAN SOLAT
1) Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
2) Set jam waktu solat aka. alarm clock pada handphone anda.
3) Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
4) Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
5) Ingatlah bahawa syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia supaya menjadi manusia yang terkutuk di akhirat kelak.
6) Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat di ramal.
7) Selalu ingat bahawa balasan bagi mereka yang suka melengahkan waktu solat akan mendapat azab yang teruk daripada Allah SWT.
Dibawah ini antara azab balasan bagi mereka yang suka melengahkan waktu solat. Semoga menjadi iktibar bagi kita semua.
1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3) Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” dan ular itu berkata: “Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan solat Subuh.”
– Ia memukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Sumber 
Oleh itu, takutlah kita dengan azab balasan daripada Allah. Ikut segala perintah oleh Allah dan meninggal segala larangaNya. InsyaAllah, hidup kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Leave a Comment