Kanak-Kanak Sembunyi Basikal Dalam Longkang Sebelum Pecah Masuk Rumah Penduduk

Sharing is caring!


SUNGAI PETANI: Penduduk Bandar Seri Astana Fasa B gempar apabila mengetahui kanak-kanak berumur 9 hingga 15 tahun ditangkap kerana memecah masuk rumah di taman berkenaan.

Kejadian ini disedari oleh seorang penduduk yang terlihat mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, kanak-kanak ini menyedari kegiatan mereka disedari orang ramai menyebabkan cuba melarikan di melalui bumbung rumah dua tingkat berkenaan sebelum dicekup.

Tiga buah basikal ditemui tidak dauh dari lokasi kejadian di mana basikal-basikal dipercayai milik kanak-kanak ini disembunyikan di dalam longkang bagi untuk menutup kegiatan mereka.

“Kita percaya mereka menceroboh masuk sejak beberapa hari lalu berdasarkan kesan geledah rumah berkenaan selain kerosakan yang dialami.

“Waris salah seorang daripada mereka turut dipanggil selain memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,”


Menurut beliau lagi, ini bukanlah kejadian pertama kanak-kanak terlibat memecah masuk rumah penduduk, sebelum ini terdapat laporan mengenai kanak-kanak terlibat kes seumpama.

Seorang penduduk, Rosli Saad, 50, berkata, dia mengetahui kejadian itu melalui status Facebook dihantar seorang kawan dan terus bergegas ke rumah miliknya yang terletak selang sebuah rumah dari lokasi kejadian.

“Apabila diperiksa, rumah itu turut jadi sasaran geng pecah rumah, sejak ditinggalkan beberapa tahun lalu. Kali terakhir saya datang adalah pada tiga bulan lalu.

“Malah, saya syak suspek masuk melalui tingkat atas rumah sebelum memanjat ke beberapa rumah lain yang juga tak berpenghuni,” katanya.

Lebih malang, Rosli berkata, pintu biliknya dikopak, siling dibuka, katil dialihkan dan paip getah dipasang ke bumbung kemungkinan digunakan oleh suspek untuk memanjat ke bahagian bumbung.

Jelasnya, turut dijumpai alat pecah rumah dan lain-lain perkakasan bukan miliknya ditinggalkan dalam sebuah bilik.

“Saya syak mungkin kes yang berlaku itu berkaitan antara satu sama lain tapi tak tahu sejauh mana kanak-kanak yang dikaitkan terlibat dengan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian dan kes terbabit hanya menjadi viral di Facebook semata-mata.

Leave a Comment