Si Suami Potong, Masak Dan Makan Kemaluan Suspek Yang Rogol Isterinya

Sharing is caring!



Jijik! Itulah yang boleh digambarkan terhadap tindakan seorang suami yang memotong kemaluan seorang lelaki, selain memasak dan tergamak untuk memakannya selepas percaya lelaki berkenaan telah merogol isterinya.

Kejadian ini berlaku di Jakarta, Indonesia.

Suspek, Rudi Efendi, 30 mengaku bersalah ketika ditahan bersama isterinya selepas mendapati wanita yang dikahwininya itu tidak mempunyai dara.

Dikatakan juga isterinya turut memakan alat sulit mangsa.

Rudi memberitahu tindakan itu diambil kerana terlalu sakit hati dengan mangsa yang merogol isterinya.

“Saya begitu marah,” ujarnya.

Terdahulu Rudi meminta isterinya mengadakan pertemuan bersama mangsa, sebelum dia menikam, memotong alat kemaluan dan membakar mayatnya di dalam sebuah van. 

Leave a Comment