Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 3 Depan Mata Ayah

Sharing is caring!


SELAMA: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun dilaporkan meninggal dunia selaps terjatuh dari flat tingkat tiga kediaman mereka di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini, malam tadi.

kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 malam semalam ketika mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, yang baru tiba dari bercuti bersama ibu bapanya.

Mangsa bersama ibunya dikatakan telah naik dahulu ke tingkat tiga bagunan kuarters berkenaan sementara bapanya bersama adik perempuan mangsa berumur dua tahun masih sedang berkemas barang di kereta.


Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, berkata ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia dan terbaring di depan matanya.

Ketika kejadian tiada saksi lain yang menyaksikan tragedi tersebut selain ibu bapa dan adik perempuan mangsa.

“Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala. 

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian,” katanya. 

Leave a Comment