Komplikasi Buang Air Kecil, Datuk M. Daud Kilau Semakin Pulih

Sharing is caring!

PENYANYI veteran yang terkenal dengan gelaran Datuk Muhd Daud Kilau, 78, yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak sejak Ahad lalu kini dilaporkan beransur pulih.


M. Daud Kilau dimasukkan ke wad selepas mengalami komplikasi membuang air kecil dan akan sembuh dalam masa terdekat selepas menerima rawatan di hospital.
“Saya dah tak sabar untuk sembuh sepenuhnya dan berjumpa dengan peminat-peminat seluruh negara.
“Saya juga dengan rendah hati ingin memohon peminat, rakan-rakan serta rakyat Malaysia mendoakan kesihatan saya semakin baik, kerana selagi kudrat dikandung badan, tidak akan saya mengalah dan akan terus menghiburkan peminat,” katanya, memetik  laporan Astro Awani.
Raja gelek yang terkenal dengan lagu Cik Mek Molek itu turut mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang.

Leave a Comment