Fesyen Pakaian Agnes Monica Mengundang Padah

Sharing is caring!

Fesyen Pakaian Agnes Monica Mengundang Padah

Fesyen Pakaian Agnes Monica Mengundang Padah


Persembahan Agnes Monica di Konser Raya 21 Indosiar Isnin lalu mengundang kontroversi dalam kalangan netizen Indonesia apabila penyanyi itu tampil dengan skirt jarang berkalimah Arab.

Agnes antara beberapa bintang ternama Indonesia lain yang tampil dalam konsert yang meraikan ulang tahun ke-21 stesen televisyen berkenaan. Penyanyi itu menyanyikan single antarabangsanya Boy Magnet di pentas dengan memakai busana hitam yang jarang dengan perkataan Arab pada bahagian bawah skirt.

Jom Lihat : Fesyen Pakaian Wanita Ini Akan Buatkan Lelaki Terpaku

Para netizen mula tertanya-tanya tentang maksud perkataan berkenaan dan ada yang mula menegur tindakan berkenaan. Penaja busana Agnes pada konsert tersebut, KTZ, memberi penjelasan bahawa perkataan tersebut merupakan ‘muttahidah’ iaitu perkataan Arab bagi bersatu dan tidak ada kaitan dengam mana-mana ayat Al-Quran.

Fesyen Pakaian Agnes Monica Mengundang Padah | Bukan Penghinaan Terhadap Islam


Fesyen Pakaian Agnes Monica Mengundang Padah


Majlis Ulama Indonesia (MUI) ketika dihubungi telah menjelaskan bahawa kalimah tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam. Tidak ada unsur penghinaan. Kalau ada ayat Al-Quran, baru saya tidak setuju,” ujar Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz.

Leave a Comment