Hadis Palsu Mengenai Kelebihan Solat Memakai Serban

Sharing is caring!



Dikatakan hadis ini diambil daripada Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah SAW berkata:

رَكْعَتَانِ بِعِمامَةٍ خَيْرٌ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً بِلا عِمامَةٍ

Dua rakaat solat dengan memakai serban adalah lebih baik daripada 70 rakaat tanpa serban.

Siapa yang merekodkan hadis ini?

Hadis ini direkodkan oleh ad-Dailami di dalam “Musnad al-Firdaus” (2/265, bilangan: 3233). Abu Nu`aim menyebutkannya di dalam al-Jami` al-Kabir (bilangan: 14441)

Apa ulasan para ulama?

Al-Munawi berkata:
“Di dalam periwayatannya terdapat Toriq bin Abdul Rahman yang disebutkan oleh Az-Zahabi di dalam “Perawi-perawi Lemah”. Kemudian beliau berkata: An-Nasaie berkata: Tidak kuat. Daripada Muhammad bin `Ajlan: Al-Bukhari menyebutkannya di dalam “Perawi-perawi Lemah”. Al-Hakim pula berkata: Buruk hafalannya.”
(Rujuk: Faidhul Qadir: 4/49)

As-Sakhawi: Tidak sabit. (Rujuk: Maqasid Hasanah, 406)
Al-Albani: Palsu (Rujuk: Silsilah ad-Dhoifah, 128)
Ben Baaz: Hadis ini tiada asa;. Bahkan palsu dan pendustaan terhadap Nabi SAW.
Ibnu Uthaimin: “Hadis ini palsu dan suatu pendustaan terhadap nama Rasulullah SAW. Serban adalah seumpama pakaian lain yang mengikut adat setempat. Sekiranya kamu berada di dalam kawasan orang memakai serban, maka pakailah. Sekiranyan kamu berada di dalam kawasan orang yang tidak memakai serban tetapi mereka memakai ghutrah (kain penutup kepala), atau tanpa memakai apa-apa yang menutup kepala, maka lakukanlah sepertimana mereka lakukan.”
(Rujuk: Fatawa Nur `Ala Darbi)

Kesimpulan

Justeru itu, hadis ini terlalu lemah untuk dibuat hujah. Tidak boleh menyebarkannya melainkan dengan tujuan menyatakan kelemahannya bagi melarang orang berhujah dengannya.

WallahuA`lam

Sumber: http://www.bicararasul.com/

Leave a Comment