Keadaan Azmil masih lemah

Sharing is caring!

KEADAAN pelakon Ali Setan, Azmil Mustafa yang sedang dirawat di Hospital Putrajaya sejak semalam disahkan masih tiada perubahan, petang ini.

Menurut adiknya, Aziph Mustafa, ekoran tahap imuniti abangnya itu yang menurun dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Kardiologi (CCU), Hospital Putrajaya.

“Doktor kata tiada perubahan dari semalam, masih menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Semalam, Aziph memaklumkan perkhabaran itu melalui Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan abangnya itu.

Dalam pada itu, menurut Aziph sebelum dimasukkan ke hospital, Azmil yang kini berusia 64 tahun mengadu tidak sedap badan sepanjang malam sebelum anaknya memutuskan untuk menghantarnya ke hospital, pada pagi semalam.

“Dia tiada ke mana-mana sebelum itu, hanya di rumah. Keadaannya tidak sedap badan sepanjang malam, jadi, pagi itu anaknya bawa ke hospital.

“Setakat ini, keluarga termasuk semua anak-anaknya ada di sini berkumpul,” katanya.

Azmil pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2010 di Syria.

Selepas berhijrah, Azmil terus aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaan, malah, beliau juga ada memasang hasrat untuk menerbitkan sebuah filem islamik.

Leave a Comment