Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan

Sharing is caring!

Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan

Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan

Sensasi dan kontroversi! Menerusi sebuah laman blog, dua keping foto separa lucah dimuat naik bersama satu artikel yang mendakwa seorang individu bernama Datin Azurah sengaja menayangkan buah dadanya kepada hadirin ketika majlis perkahwinan sendiri.

Apa ke gila tu? Lagi memanaskan suhu suasana, penulisan tersebut turut mengaitkan ‘adat orang Melayu Melaka’ yang kononnya memerlukan si pengantin perempuan menampilkan asetnya ketika menjadi raja sehari!


Menerusi sebuah laman blog, dua keping foto separa lucah dimuat naik bersama satu artikel yang mendakwa seorang individu bernama Datin Azurah sengaja menayangkan buah dadanya kepada hadirin ketika majlis perkahwinan sendiri. Apa ke gila tu?

Lagi memanaskan suhu suasana, penulisan tersebut turut mengaitkan ‘adat orang Melayu Melaka’ yang kononnya memerlukan si pengantin perempuan menampilkan asetnya ketika menjadi raja sehari!.

Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan


Memetik kenyataan yang ditampilkan di laman blog tersebut, “Menurut beberapa orang Melaka adat orang Melayu Melaka kalau anak perempuan mereka kahwin memang mengeluarkan kedua-dua teteknya.

Walaupun mereka itu orang Islam tidak kira sama ada anak Datuk ini sebahagian adat resam dan budaya orang Islam Melaka yang telah diamalkan sekian lama.

Bagi orang Melayu Melaka bukan semuanya hanya segelintir sahaja yang memakai pakaian hingga mengeluarkan buah tetek ini memang trend orang sekarang hanya untuk di Melaka sahaja bukan semua negeri,” tulisnya, konon berdasarkan sumber.

Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan | Individu Yang Didakwa Datin Azurah

Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan
Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan


Menerusi foto tersebut, kelihatan individu wanita yang dikatakan ‘Datin Azurah’ langsung tidak kelihatan canggung dan masih tersenyum walaupun persalinan yang disarungnya terlorot dan menampakkan kedua-dua belah payudara secara nyata dan jelas!

Malah, pasangannya di sebelah turut kelihatan tersenyum dan tidak menampakkan reaksi terkejut mahupun marah ketika si isteri di sebelah ibarat membuat tayangan percuma kepada jemputan.

Namun, satu persoalan yang bermain di benak ramai, apa pegangan Islam dan budaya yang dipegang segelintir individu dari Melaka ini yang kononnya menghalalkan perilaku tersebut?

Nah, jangan terus membuat spekulasi atau kesimpulan! Ini kerana, artikel yang disiarkan laman blog ‘picisan’ tersebut nyatanya palsu dan fitnah!


Menerusi laman blog Pendekar Berkuda, satu artikel dimuat naik untuk memperbetulkan fakta yang diputarkan oleh blog terdahulu dengan menulis, Datin Azurah yang didakwa sebagai individu berani menayangkan asetnya itu, tidak wujud!

Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan


Dalam penulisannya, pengendali blog berkata, cerita ‘si hantu’ Datin Azurah hanyalah satu karakter rekaan yang dimomokkan bagi menyajikan pembaca dengan kisah berpaksikan human interest.

Malah, ia juga merupakan teknik yang digunapakai sesetengah blogger bagi mengaut keuntungan berganda melalui blog mereka!


Bagi menjelaskan situasi sebenar, si pemilik blog bertanggungjawab itu turut menyelitkan pautan ke laman blog Indonesia, AnehDiDunia yang turut memuat naik gambar sama.

Tadaa! Sebenarnya, foto yang dikatakan milik si penama Datin Azurah itu, merupakan seorang selebriti Indonesia yang mengalami kegagalan fungsi baju sehingga menyebabkan buah dadanya tersembul!

Majlis Perkahwinan Yang Amat Memalukan


Menerusi laman sama, pengendalinya turut menghimpunkan beberapa keping gambar selebriti lain yang turut mengalami masalah sama pada tahun 2012, antaranya Anges Monica dan Julia Perez.

Lantas, pautan tersebut menepis sangkaan awal pembaca kerana kejadian tersebut bukanlah berlaku di Melaka baru-baru ini, namun di Indonesia sekitar dua tahun lalu.


Kejadian seperti ini merupakan episod ulangan kerana sering berlaku, namun kebanyakan pembaca masih ‘naif’ dan semberononya mempercayai artikel yang dipaparkan.
Lagi parah, kebanyakan dari mereka kemudiannya bertindak berkongsi penulisan itu di laman sosial masing-masing.

Ya, lima tahun menjelangnya Wawasan 2020, rakyat Malaysia harus bangkit dari ditindas keyboard warrior yang mempunyai agenda tersendiri dan tidak mudah disogok dengan artikel picisan yang hanya bersandarkan cerita panas dari informasi dan fakta!

Leave a Comment