Cerai Lagi…Kata-kata Adam AF Makan Diri

Sharing is caring!



Cerai Lagi…Kata-kata Adam AF Makan Diri

Kalau bercerai, peminat marah sebab runtuhkan masjid. Namun kalau nak rujuk semula, digelar gila talak pula. Memang pening kepala dibuatnya kan? 
Apa saja yang dilakukan semuanya salah.  jangan peduli kata-kata orang lain. Hanya kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau Adam dan Fiza merasakan rujuk kembali adalah pilihan yang paling baik, apa salahnya kan?
Setelah pengakuan bekas isterinya, Fiza Elite mengenai hubungan mereka yang masih baik walaupun telah bercerai, Adam juga tampil untuk tidak menafikan peluang untuk mereka rujuk kembali. Kata Adam menerusi Mstar Online:-
Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh. Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing.
Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah. Saya tidak ambil peduli orang kata kami ‘gila talak’, mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak ‘gila talak’ sekalipun kami punya pasal
Sementara dalam tempoh edah ini, memang sesuai untuk Adam dan Fiza untuk muhasabah diri masing-masing dan mencari punca sebenar penceraian mereka. Kadangkala tekanan daripada pihak luar yang menyebabkan perkara ini berlaku sedangkan tuan punya badan masih mencintai antara satu sama lain. Fikir sebaik-baiknya. Kalau rujuk kembali, Abang Nara yakin banyak pihak yang akan gembira dengna keputusan itu. Sama-samalah kita doakan yang terbaik.
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Pelakon Fiza Elite, 35, berikrar tidak akan kembali semula ke pangkuan bekas suaminya, Mohd. Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam AF, 33.

Menurut Fiza, dia sudah serik untuk rujuk kembali dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia itu setelah perkahwinan mereka melalui episod perceraian sebanyak dua kali sebelum ini.
“Jangan kaitkan saya dengan Adam lagi selepas ini. Cukuplah dua kali kami berkahwin, saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik!,” jelas pelakon tersebut kepada Utusan Malaysia.
Menurut Fiza, Adam telah menceraikannya buat kali kedua pada 21 September lalu di rumah kelamin mereka di Gombak, Selangor. Perceraian kali itu telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014 selepas hanya tujuh bulan mendirikan rumah tangga. Namun, selepas hampir tiga bulan bercerai, pasangan tersebut rujuk kembali pada 17 Julai 2014.
Menurut Fiza, rumah tangga mereka sebenarnya tidak pernah aman dalam jangka masa yang agak lama di mana mereka hanya tinggal sebumbung, tetapi berlainan bilik selama setahun.
“Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.
“Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu,” beritahu Fiza.

Menurut anggota kumpulan Elite itu, dia reda dengan apa yang terjadi dan tidak akan sesekali berasa malu dengan status terkini.

Selepas bergelar janda juga, Fiza nekad untuk lebih aktif meneruskan aktiviti berlakon demi mencari sumber rezeki.
“Saya punya banyak 
tanggungjawab, termasuklah kepada keluarga. Saya perlu terus bekerja bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Saya harap kemunculan semula saya dalam dunia lakonan akan membawa rezeki yang baik selepas tidak lagi berhadapan dengan masalah peribadi seperti sebelum ini,” kata pelakon filem Anak Mami The Movie itu
Fiza Luah Rasa Hati

Perceraian kali kedua Fiza Elite dengan bekas suami, Adam AF, akhirnya Fiza meluahkan rasa hati menerusi Instagramnya.




“Sy rasa dah tiba masanya utk sy bercakap tentang apa yg semua diluar sana pertikaikan pasal sy.hari demi sy tengok makin bnyk yg komen pasal aurat…pasal nampak leher…kenapa sy diceraikan…padan dgn muka sy kena cerai…jendul lah…dahi luas lah….mcm2 lg lah. Tak perlu utk sy beri penjelasan dan pertikaikan dlm insta ni,sy tahu bnyk yg diluar sana tak suka dgn sy,benci dan…mcm2lah.tak semua org suka kita dan suka apa kita buat.ada jer yg tak kena. Sy pun hidup mcm manusia biasa,cari rezeki dimuka bumi Allah ini.sy mencari rezeki yg halal demi utk menyara keluarga sy,terutama Mama sy setelah sy kehilangan Papa sy tahun lepas.Apatah lg skrg ni sy hidup sendiri,perlu cari duit sendiri tanpa minta pd siapa2.sy perlu bekerja keras utk keluarga sy terutama anak2 dan mama.


“Sy dilahirkan seorg diri,sy akan mati pun seorg diri & sy akan disoal pun seorg diri.sy tahu apa yg sy buat.sy hanya manusia biasa….sama mcm diluar sana.sy bukan malaikat.sy tak suka hidup berpura2.benci dgn hipokrit.apa yg semua tengok dan nampak,itulah sy….tak perlu utk pertikaikan kenapa itu,kenapa ini. Sy tahu diri sy,setiap apa yg terjadi adalah diatas keizinan nya juga.kalaulah sy perlu fikir dan dengar kata org,siapa agaknya yg nak bayar rumah sy? Nak bayar kereta sy? Api air astro phone bill minyak tol makan ubat ….mcm2 lglah..sy rasa mau sy xboleh hidup kalau fikirkan kata org.


“Sy harap apa pun yg sy buat lepas ni jgn dipertikaikan lg…kalau agak2 tak suka dgn sy,jgn follow! Instagram ni bukan utk kita menjauh,tujuan utama utk mendekatkan artis kegemaran dgn peminat…tetapi skrg bnyk sgt mulut2 diluar sana yg lebih lancang bersuara dan memberi pendapat.sy terima tp fikir dulu sblm beri komen….takde manusia dlm muka bumi ni nak buat jahat…takde manusia yg nak masuk neraka.kalau boleh semua nak masuk syurga! Sy cuma bersuara utk hak sy ….ini adalah kerja sy…takperlu dipertikaikan kenapa dan mengapa.apa yg semua nampak.itu adalah sy!,” luahan hati Fiza yang dipetik menerusi Instagramnya.



Pun begitu, keadaan sebenarnya tidak siapa pun mengetahuinya. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup untuk haluan hidup mereka masing-masing.





Leave a Comment