Tori Spelling Disaman Gagal Bayar Hutang Kad Kredit

Sharing is caring!

PELAKON Tori Spelling disaman oleh syarikat American Express ekoran gagal membuat pembayaran kad kredit.

Menurut kertas pertuduhan, Tori berhutang USD37,981.97 dan gagal membuat pembayaran sejak Jun tahun lalu.

Dia juga didakwa gagal membuat pembayaran minimum sebanyak USD1,477 pada 18 Ogos 2015.

American Express menuntut agar Tori menyelesaikan tunggakan berkenaan termasuk faedah.

Terdahulu, Tori pernah mendedahkan dia mengalami masalah kewangan yang teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Leave a Comment