Arja Lee Tampil Dedah Punca Sebenar Isu Video Dikecam Netizen!

Sharing is caring!

Kecoh semalam apabila pelakon Arja Lee dikecam hebat oleh netizen susulan satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya video Arja Lee yang memakai seluar dalam.

Arja Lee bagaimanapun tampil menjelaskan keadaan yang sebenar dimana video berkenaan telah dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab setelah akaun Instagram di telefon bimbitnya digodam.

Menurut pengurus Arja Lee, iaitu Lin Ramli, pelakon tersebut telah cuba memadam video itu namun gagal berikutan kata laluan tersebut telah digodam oleh pihak tertentu.

Lin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video berseluar dalam milik pelakon tersebut tersebar dan dikecam oleh pengguna laman sosial.

Sementara itu, Lin berkata, Arja sudah membuat satu laporan polis kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu di Balai Polis Mutiara Damansara.

Dalam pada itu, Lin berkata, buat masa ini pelakon tersebut juga belum bersedia memberi sebarang kenyataan kepada media bagi mengulas perkara berkenaan.

Katanya, pelakon Anu Dalam Botol itu kini masih berada dalam keadaan terkejut dan tertekan.

Leave a Comment