Demi Ayah….Ramai Terkejut lihat Tindakan Anak Mukhriz

Sharing is caring!



Muat naik foto bapa di Instagram, Ally Mukhriz tarik perhatian netizen

ANAK perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri MukhrizTun Mahathir menyatakan sokongan kepada bapanya melalui satu status yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya pada Rabu.
Meera Alyanna Mukhriz atau lebih mesra dengan panggilan Ally melalui akaun @ally.mukhriz memuat naik sekeping foto bersama bapanya yang diambil sewaktu dia masih kecil.
Tiada sebarang kapsyen diletakkan pada gambar tersebut, namun ia dilihat sebagai salah satu bentuk sokongan buat Mukhriz yang kini sedang melalui saat-saat mencabar dalam kemelut politik di negeri Kedah.
Komen yang diterima Ally Mukhriz pada gambar tersebut juga positif, dengan majoriti meletakkan hashtag masing-masing sebagai pernyataan sokongan buat anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad itu.
Antara hashtag yang diwujudkan adalah #supportmukhriz, #sokongmukhriz dan #supportmukhrizmahathir.
Semalam, pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.




Leave a Comment