EKSKLUSIF: PUNCA CERAI KERANA MASALAH KEWANGAN ATAU ORANG KETIGA?:GILIRAN ADAM JAWAB

Sharing is caring!



EKSKLUSIF: PUNCA CERAI KERANA MASALAH KEWANGAN ATAU ORANG KETIGA?:GILIRAN ADAM JAWAB

Berita perceraian antara Adam AF, 32, dan Fiza Elite, 34, mendapat perhatian ramai.  Ini kerana, ini merupakan perceraian kali kedua buat mereka. 

Fiza telah pun meluahkan perasaannya di laman Instagram miliknya dan Media Hiburan berjaya mendapat komen daripada mulut Adam sendiri.  
Ditanya punca perceraian, ini jawab Adam;

“Biarlah punca perceraian kami ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini.”

Desas-desus juga mengatakan punca perceraian kerana masalah kewangan dan mungkin orang ketiga?

“Apa pun, ia bukanlah disebabkan oleh orang ketiga ataupun masalah kewangan. Mungkin sudah tiada jodoh antara kami.”

Bagaimana Adam menghadapi perceraian kali kedua ini?


“Setelah mencuba (mempertahankan rumah tangga), saya reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap perpisahan adalah jalan yang terbaik buat kami berdua,” ujarnya yang begitu bersabar dengan ujian yang dilaluinya ini.

Untuk rekod, Adam dan Fiza berkahwin pada 26 September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014.  Kemudian mereka rujuk pada tahun yang sama.  Dan pada 21 September lalu mereka telah bercerai.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata bersama.  Namun Fiza mempunyai dua orang cahaya mata melalui perkahwinan pertamanya.  




Leave a Comment