Hadiah ‘Istimewa’ Buat Akim Dari Stacy Mengejutkan Peminat!

Sharing is caring!

Sebelum ini, penyanyi Akim Ahmad yang kini popular dengan lagu ‘Obses’ telah bertunang dan dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia ini telah menyambut kelahiran yang ke 25 semalam. Malah, hari lahir Akim ini telah menjadi trending di media sosial. Ramai peminat yang telah mengucapkan selamat hari jadi kepada beliau.

Namun, Akim yang sudah bertunang dengan Stacy atau nama Islamnya ialah Ummu Shaikhah Stacy Anam telah memberikan satu hadiah yang sangat ‘istimewa’ buat Akim.

Hadiah yang dimaksudkan itu ialah pengorbanan Stacy untuk memeluk Islam adalah satu perkara yang bermakna dan sukar untuk diungkapkan oleh Akim. Bagi dirinya, yang penting adalah kelancaran majlis perkahwinan mereka nanti.

Akim juga menjelaskan bahawa dia jarang mengadakan majlis sambutan hari jadi secara besar-besaran malah dia juga meminta tunangnya itu supaya tidak mengadakan sebarang majlis hari jadi buatnya.

Mengenai perkembangan terbaru, Akim yang kini sedang sibuk dengan Mentor Milenia dan juga sedang mempersiapkan diri untuk pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 30 tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Malah, dia berbangga kerana dia dan kumpulannya berjaya ke pentas akhir.

Leave a Comment