“KENAPA TAK DATANG ESOK SAJA KAK?”

Sharing is caring!


Inilah nilai Melayu. Kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2016, di KLIA 2.

Penerbangan saya dari Kuala Lumpur – Kota Kinabalu dijadualkan pada jam 4.30 petang. Pekerja ini langsung tidak memberikan layanan yang bagus apabila saya cuba merayu dan menjelaskan punca saya tiba lewat. 

“Kenapa tak datang esok saja kak?” katanya.

Apa bengongnya? Kalau penerbangan esok, kena datang esoklah, gitu? Penerbangan saya dijadualkan hari ini, dan ini kali pertama saya terlambat.

Tetapi bila penerbangan AirAsia ditangguhkan, penumpang kena tunggu, tetapi bila penumpang lewat setengah jam sebelum departure, mereka langsung tak boleh bertolak ansur? Memang cekik darah AirAsia ini.

Berbalik kepada lelaki ini. Saya ingatkan dia akan menolong saya untuk check in sebab saya hanya terlambat 50 minit sebelum. Saya tak ada check in sebarang bagasi. Gate hanya ditutup sejam sebelum, bezanya 10 minit saja saya terlambat. Itu pun dia langsung tidak mahu membenarkan saya masuk? 

Ya Allah, sekali lagi saya meminta dengannya elok-elok tetapi dia tetap kata tidak boleh. Dia siap beritahu bahawa dia telah membantu beratus-ratus orang yang menaiki pesawat yang sama saya naiki ini. 

Saya memohon dia mendaftar masuk nama saya untuk memasuki pesawat tersebut kerana saya perlu balik ke kampung untuk berjumpa dengan anak saya yang bakal menjalani pembedahan. Malangnya dia yang tidak berhati perut tetap enggan membenarkan saya masuk. 

“Saya bukan tak mahu tolong, kalau boleh saya nak tolong angkat akak sekali sampai ke depan pintu pesawat itu,” katanya.

Saya langsung tidak meminta untuk berbuat demikian, saya hanya meminta dia tolong check in untuk saya seada ada masa 50 minit saja lagi.

“Itu bukan masalah saya,” katanya. 

Saya cuba merayu namun dia buat muka dan layan seperti… Ya Allah, hanya tuhan saja yang tahu. Dia siap menjerit-jerit pada saya lagi. Tindakan dia membuatkan saya terpaksa bersikap kurang ajar pada dia. 

Akhir sekali saya rakam gambar dia. Menyedari gambarnya dirakam, lalu dia memberikan amaran.

“Kalau muka saya viral di Facebook, saya akan saman awak!” 

Di mana silap saya? Saya takkan bersikap kurang ajar kalau dia tidak mulakan dulu. Kalau dia beri layanan yang baik kepada saya, perkara ini tidak akan berlaku dan saya juga tidak perlu merakam gambar dia. Tujuan saya buat begini juga untuk menyedarkan dia. 

Selepas insiden itu, saya pergi ke kaunter perkhidmatan untuk bertanya di mana pejabat pengurusan AirAsia untuk membuat aduan. 

Ajaibnya, dua kakitangan (lelaki) AirAsia melayan saya dengan penuh beradab dan berbudi bahasa. Mereka tanya penerbangan saya ke mana, jadi saya jawab ke Kota Kinabalu. Ya Allah, mujur mereka sudi membantu saya. Penerbangan lagi setengah jam akan berlepas. Alhamdulillah. 

Dalam rancangan Allah, saya dapat juga naik pesawat ke Kota Kinabalu. – Sheila | THEHYPEMEDIA.COM

Share this

Leave a Comment

shares