PANAS! Pengolakan Rumah Tangga Fasha Sandha Akhirnya Terjawab

Sharing is caring!

Sebelum ini, kecoh apabila ada dakwaan mengatakan rumah tangga Fasha Sandha sedang bergolak. Malah ada desas desus mengatakan yang punca rumah tangga mereka goyah disebabkan oleh pihak ketiga.

Fasha Sandha yang telah berkahwin dengan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai pada tahun 2012 telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi. Penceraian talak satu itu dilafazkan Jejai dan direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang.

Sebelum ini, Fasha telah menfailkan tuntutan penceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 Isnin lalu. Hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berusia setahun.

Malah, sebelum ini juga Jejai pernah berkahwin dengan Nora Danish pada tahun 2006 tapi bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.

Apapun, sudah suratan takdir buat mereka. Mungkin jodoh mereka setakat itu sahaja.

Leave a Comment